Monday, October 11, 2010

Yang Menawan Hati I

Penampilan seseorang seakan-akan jenamanya. Persolekan bukan sahaja menambah kecantikan, malah menunjukkan suatu tanda kesopanan diri. Bayangkanlah pada awal pagi, wajah masih pucat, berdiri dalam LRT buat setengah jam, perut lapar dan langkah bergoyang-goyang. Jikalau tidak berbedak, suasana demikian betapa menakutkan.

Persolekan boleh dikatakan begitu senang sekali, kerana hanya mewarnakan wajah seseorang. Malahan, persolekan boleh dikatakan begitu susah payah, kerana terdapat banyak teori yang terlibat, contohnya teori penggunaan warna, teori menghiasi bentuk muka, teori melukis. Kadang kala, kita terdengar bahawa persolekan memerlukan teknik berbanding dengan teori. Cubalah fikir, muka setiap orang tidak sama, penggunaan warna yang sama kepada muka yang berlainan akan mendapatkan hasil yang berlainan. Jikalau tiada teori sebagai asal, bagaimanakah seseorang jurusolek dapat memainkan magic diatas muka?

Selain daripada menunjukkan wajah yang sinar, rambut juga amat penting. Betapa menyedihkan apabila ternampak gadis comel berpakaian cantik berseri tetapi rambut kusut masai. Walaupun rambut gadis muslimah tidak ditunjukkan di hadapan orang ramai, akan tetapi penjagaan kesihatan kulit kepala dan kusuburan rambut juga begitu penting sekali. Keguguran rambut yang luar biasa kurang berlaku pada wanita berbanding dengan lelaki. Akan tetapi, kaum wanita hari ini menanggung beban yang lebih berat, iaitu bekerja sambil menjaga anak, tekanan yang tinggi merupakan salah satu punca yang meransang keguguran rambut.

Keguguran rambut yang luar biasa amat ketara di antara kaum lelaki. Faktor-faktor yang meransangkan keguguran rambut adalah faktor keturunan, tekanan kerja, kurang bersenam, pemakanan yang tidak seimbang, keadaan sekeliling yang kurang sihat untuk kulit kepala dan pertumbuhan rambut, dan sebagainya. Walaupun tidak mungkinnya untuk mengelakkan kebotakan, tetapi dengan penggunaan teknologi tinggi, kita masih mempunyai peluang untuk melambatkan proses kebotakan dengan cara penjagaan kulit rambut yang sesuai bagi individu serta meransang kesuburan pertumbuhan rambut.

Alan Chhooi Imej Styling Studio di Puchong Jaya akan memberikan lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan isu ini pada hari kemudian.

No comments:

Post a Comment