Wednesday, November 10, 2010

笑话一则

Suatu pagi, saya mengunjung ke balai polis buat kali pertama selepas mendiami di sini selama 5 tahun. Perbualan saya dengan pihak PDRM berbunyi seperti di bawah:



"Saya nak buat repot."

"Apasal?"

"Diragut."

"OK, duduk dulu... (berhadap dengan seorang rakan sekerjanya) ei... Apa password bagi PC ni? Yang baru atau yang lama?"



Awal pagi, baru pukul 8, PC tak on lagi, malahan tak tau password pulak... Beberapa minit kemudian, rasa-rasanya PC dah on.



"IC"

"Har?! Tak adalah..."



Aduhai.. minta IC saya pulak... Rasa-rasanya ini pertama kali kakak ni menerima kes ragut...

Lepas siap semua laporan, sayapun sudah membaca skrin. Kakak nak print laporan...



"ei... Kenapa tak jalan ni?"


Alamak! Tadi abang sebelah baru printkan laporan, kakak ini sekarang kata printer tak jalan pulak... Rasa-rasanya kakak tidak biasa dengan menggunakan ribon printer (terlalu lama sejarahnya).



Sekurang-kurangnya, Sarjan dah call saya untuk cam motor si peragut tu. Walaupun tak tau apa ending dalam kes ini, tetapi, PDRM memang sedang bekerja, hanya perlu mempertingkatkan sedikit lagi.

No comments:

Post a Comment